PUSAT INTERNET KG JABI

 

SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET KG JABI

Pusat Internet merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi,antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama MSD Digital Intelligent Sdn Bhd dengan menfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar. Sebanyak 8 buah Pusat Internet Malaysia telah ditubuhkan di Besut dan di pecahkan kepada 2 fasa. Fasa pertama-X dan fasa empat. Fasa 1-X merangkumi  Kg Jabi, Kg Alor Lintang, Kg Pantai dan Seberang Jerteh. Manakala Fasa keempat adalah kg Pasir Akar, kg Anak Musang, Kg Tembila dan Kg Keruak. Ia ditubuhkan  bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN :

Meningkatkan kadar penebusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan.

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi computer dan internet.

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

- Pengenalan asas komputer

- Asas internet

- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

- Destop publishing (Microsoft Office)

- Latihan Keusahawanan

 

JUMLAH KEAHLIAN :

Pusat Internet kg Jabi telah membuka keahlian kepada komuniti sejak mula beroperasi pada tahun 2009. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Internet kg Jabi bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

  AHLI LAMA

1645

  AHLI BARU BULAN FEBRUARI 2019

10

  KESELURUHAN PADA FEBRUARI 2019

1655

 

 

KENALI PETUGAS PI :

Untuk menjadi petugas Pusat Internet, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Internet. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 

PENGURUS

70


Nama : Wan Noor Najmiah Bt Wan Ab Majid

Mula berkhidmat : 01 Februari 2009

 

 

PENOLONG PENGURUS

71


Nama : Norliza Binti Ibrahim

Mula berkhidmat : 02 Februari 2016