• KEMAHIRAN  DALAM MICROSOF WORD, EXCEL,EXCESS,

POWER POINT & PENGGUNAAN INTERNET

Nama

Muhammad Firdaus Bin Md Nor

Umur

14 Tahun

Ahli

2017

 

Muhammad Firdaus

 

Latar Belakang

Muhammad Firdaus Bin Md Nor merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains Setiu, berumur 14 Tahun atau berada di Tingkatan Dua. Beliau berasal dari Pekan Jabi, Jerteh, Terengganu. Hobi beliau bermain komputer dan menonton Televisyen. Beliau juga gemar bersukan dan sukan yang diceburi adalah permainan Rugby. Oleh disebabkan hobi beliau bermain komputer, beliau suka dan minat dalam melayari internet iaitu Facebook, YouTube, Google Search untuk carian maklumat bagi menyiapkan tugasan sekolah dan pengetahuan Am. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet (PI) Kg Jabi pada hujung minggu bagi mengisi masa lapang ketika balik dari cuti asrama.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum penglibatan ICT di PI, beliau tidak bergaul dengan rakan-rakan yang lain kerana beliau merupakan seorang pendiam dan juga beliau tidak mempunyai akaun laman sesawang dimedia sosial. Tahap kepenggunaan komputer dan internet juga ditahap yang rendah.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Kini beliau sudah mula bergaul dengan semua kenalan kunjungan di PI. Penguasaan terhadap penggunaan internet dan dan komputer juga semakin menyerlah kerana semasa membuat tugasan sekolah beliau sering bertanya dengan rakan-rakan serta staf PI memberi tunjuk ajar.Beliau juga mulai menguasai penggunaan Bahasa Inggeris melalui Google Translate dan penggunaan internet. Segala tugasan dan carian maklumat menjadi dengan lebih mudah dan lancar dengan kebijaksanaan penggunaan internet dan komputer.

 

Firdaus

 


USAHAWAN KECIL PERKHIDMATAN BRIDAL

Nama

Ummi Saffiyah Bt Mohd Nazari

Umur

22 Tahun

Ahli

2014

 

18118617 1306262286088165 1833321656913268914 n

Latar Belakang

Ummi Saffiyah Bt Mohd Nazari merupakan belia, lepasan sijil. Berasal dari keluarga yang sederhana dimana ayahnya telah meninggal 4 tahun lepas. Terdiri dari 6 orang adik-beradik dan ummi anak ke 4. Lulusan sijil perniagaan UITM Dungun. Oleh kerana payah untuk mendapatkan pekerjaan tetap, ummi berjinak-jinak dengan dunia bridal. Bermula dengan pembantu bridal selama 3 tahun, ummi tekad memulakan perniagaan sendiri berbekalkan minat dan kemahiran yang ada dengan modal kecil, ummi memulakan perniagaan sendiri iaitu Ummi Bridal dengan  bantuan adik-beradik yang telah bertapak hampir setahun. Tidak susah untuk mencari pelanggan kerana ummi telah ada pelanggan tersendiri, cuma ummi perlu banyyakkan promosi untuk memperkenalkan perniagaan bridal miliknya.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Kalau sebelum ini pendapatan perkhidmatan yang disediakan hanya untuk cukup pusingan modal. Pendapatan yang diperolehi sebelum ini hanyalah RM1000 – RM1500 untuk semusim perkahwinan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Jabi, beliau kini mempunyai akaun facebook, WhatsApp dan yang menjadi tunjang utama adalah Facebook.

Pendapatan kini dalam RM 2000.00 – RM 3000.00 setelah tolak modal dan kos lain-lain.

 

60

 


 

USAHAWAN ATAS TALIAN - TUDUNG BAWAL

Nama

Shuhadah Bt Mohd Azmi

Umur

28 Tahun

Ahli

2016

 

ada

 

Latar Belakang

Shuhadah Bt Mohd Azmi  lepasan Diploma  Farmasi Kolej Islam KIST Kelantan. Berasal dari Kampung Kerandang, Jerteh Terengganu. Oleh kerana kekangan dalam mencari pekerjaan pada masa kini, sepakat bersama adik-beradik mengeluarkan modal RM 200.00 seorang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilkan iaitu perniagaan custom tudung bawal.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum memulakan perniagaan kerap mengunjungi Pusat Internet untuk mempelajari teknik-teknik penguasaan pemasaran, langkah-langkah memulakan perniagaan.

Pendapatan majoriti dalam RM500.00 - RM1000.00 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mengenali Pusat Internet 1Malaysia, petugas PI banyak mengajar teknik yang betul dalam penggunaan ICT, asas keusahawanan, dan cara memasarkan produk dengan baik di facebook, Dashboard komuniti.

Pendapatan kini dalam RM 1500.00 – RM 2000.00

 

suhada tdg tdg1

 


USAHAWAN KECIL PAKAIAN DAN BARANGAN SERBANEKA

Nama

Amirul Syafiq Bin Mahamad

Umur

24 Tahun

Ahli

2017

 

IMG 4410

Latar Belakang

Amirul Syafiq Bin Mahamad merupakan lepasan graduan dalam bidang Syraiat Islam dari luar negara iaitu Jordan. Beliau juga berasal dari Kg Kuala Kubang, Jabi Jerteh Terengganu.Oleh sebab kekangan dalam mencari peluang kerja pada zaman ini, beliau bersama rakan nekad untuk menjalankan perniagaan. Atas kesepakatan bersama rakan kongsi beliau memulakan perniagaan barangan serbaneka dan pakaian dengan harga yang mampu dimiliki setiap orang.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum memulakan perniagaan beliau kerap mengunjungi Pusat Internet (PI) untuk mempelajari teknik-teknik penguasaan pemasaran, langkah-langkah memulakan pernigaaan dan selok belok perniagaan serta rancangan perniagaan. Pendapatan yang beliau perolehi dalam sehari berjumlah RM500 sehingga Rm1000.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mengenali Pusat Internet, beliau banyak mempelajari terutama teknik penggunaan IT Teknologi,Asas Keusahawanan dan cara pasarkan produk dengan lebih tepat dan terperinci. Dengan ilmu yang ada, beliau nekad untuk memulakan pernigaan tersebut bersama rakan kongsinya.Walaupun masih baru memulakan pernigaan, tetapi beliau mendapat sambutan yang hebat dan pulangan yang berlipat ganda dari sebelum ini.

Pendapatan yang beliau perolehi dalam sehari RM1000 – RM2000 dan dalam sebulan mereka memperolehi Rm15,000.00 sehingga RM20,000.00 kerana premis mereka sentiasa buka walaupun hari cuti.

59

 


 

KEMAHIRAN DALAM MICROSOFT WORD, EXCEL DAN PENGGUNAAN KOMPUTER

Nama

Muhammad Zulkarnaim Bin Razali 

Umur

13 Tahun

Ahli

2016

 

IMG 4460

 

Latar Belakang

Muhammad Zulkarnaim Bin Razali merupakan pelajar Tingkatan 1 dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu. Beliau berasal dari Kampung Bakat Jabi,22020 Jerteh, Terengganu yang berdekatan dengan Pusat Internet Kg Jabi. Hobi beliau bermain ping pong dan bercita-cita sebagai seorang Jurutera. Beliau juga mempunyai kembar seiras iaitu Muhammad Zulkifli Bin Razali.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum penglibatan ICT di PI, beliau jarang ke Pusat Internet  Kg Jabi kerana beliau tidak mempunyai ramai kawan disini. Selain itu juga, beliau merupakan seorang yang pintar dan tidak suka buang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau menggunakan sebaik mungkin perkhidmatan yang disediakan di PI. Beliau dapat menyiapkan kerja tugasan sekolah yang melibatkan penggunaan komputer. Selain itu, beliau juga dapat menyertai banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI . Beliau juga bertambah mahir dalam penggunaakan komputer kerana menggunakan setiap hari untuk melakukan tugasan sekolah yang diberi.