KEUSAHAWANAN


 

Perniagaan dan keusahawanan merupakan salah satu cara dalam menjana pendapatan yang lumayan, namun ianya bukan semudah yang kita sangka. Hal ini kerana setiap usahawan mahupun peniaga mengorbankan sepenuh masa, tenaga dan wang ringgit mereka  dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Mereka ini adalah antara golongan yang berani berdepan risiko kerugian dan berfikiran jauh dalam merangka strategi perniagaan demi mendapat keuntungan. Kejayaan seseorang  usahawan itu juga terletak pada kesabaran, komitmen, kerja keras, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Sekiranya kesemua itu digunakan dengan baik dan pandai merebut peluang pastinya kejayaan yang menanti mereka.

 

PUSAT RAWATAN ALTERNATIF

Hj Zawawi Homeopathic Centre

35

Alamat        : Hj Zawawi Homeopathic Centre
                     PT 4994, Taman Harmoni,
Jabi 22020 Jerteh, Besut,Terengganu.

No.Telefon  :+60123852452

Blog            : http://www.hjzawawihomeopathiccentre.com/ubat-batu-karang.html

 

PENGASAS UBAT PEMECAH BATU KARANG

Dr(H) Haji Mohd Zawawi Bin Yazid Al-Hafiz adalah seorang pengamal perubatan Homeopathy bertauliah yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) yang mana ianya sebuah badan pengamal diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mempunyai pusat rawatan Homeopathy sendiri yang terletak di Kampung Jabi, Besut Terengganu.

 

36

 

Anda kini sedang sengsara menanggung derita akibat sakit BATU KARANG? 
Waktu kencing adalah saat yang paling azab untuk ditanggung?
 Kadang-kadang keluar, kadang-kadang tidak? 

Kalau keluar kencing pun disusuli dengan darah yang memeritkan?
Tidur, bangun, duduk semuanya rasa tak selesa?

 

DIPERKENALKAN...

 

37


UBAT BATU KARANG Homeopathy yang telah terbukti berjasa besar dalam membantu pesakit-pesakit ini yang mana ianya sudah berada dan diperkenalkan di pasaran Malaysia sejak hampir 90 tahun yang lalu (Sila google sejarah kemasukan Homeopathy ke Malaya - 1929). Kami sendiri pun menggunakannya kepada pesakit batu karang setiap kali mereka datang berjumpa di Pusat Rawatan. Hasilnya setakat ini Alhamdulillah.... amat menakjubkan sekali !

Apa Fungsi Dan Kelebihan Produk Ini ? Atau Bagaimana Ianya bekerja ?

Tindakan mantap produk ini dalam membantu anda ialah :

1- Hancurkan ketulan-ketulan BATU KARANG sama ada ianya kecil ataupun besar.
2- Bertindak menolak keluar BATU KARANG yang telah hancur tadi.
3- Memperbaiki serta membaikpulih semula sistem ginjal supaya masalah BATU KARANG tidak berulang kembali selepas itu.

 

*Walaubagaimanapun sebelum menggunakan produk kini pastikan mendapat nasihat daripada pakar perubatan atau boleh rujuk sendiri dengan pengasas produk tersebut.

 

Yum Yum CJStation Besut Terengganu

23

25

FB Page               :Yum Yum CJStation Besut Terengganu@CJStationBesutTerengganu

Telefon/ Wassup  : www.wasap.my/+60197300166
                              www.wasap.my/+60179310851

Lokasi                  : Berhadapan Pasar Jabi

                            : Pasar Malam Jabi, BesutTerengganu

Waktu Urusniaga  :-

Ahad – Khamis   : 11.00am – 7.00pm

Jumaat                : 2.00pm -7.00pm

Sabtu                   : 11.00am – 8.00pm

 Pelbagai jenis perisa Ais Blended antaranya :-

1 ) Ais Blend Jagung

2) Ais Blend Choklat

3) Ais Blend Strawbery

4) Ais Blend Honeydew

5) Ais Blend Bluemint

6) Ais Blend Cappuccino

7) Ais Blend Expresso Coffee

8) Ais Blend Oreo Creamilicious

9) Green Tea Oreolicious

10) Coffee campuran Orea Choco Ais Krim

 

22

 

 Terdapat juga pelbagai bahan campuran tambahan sekiranya berminat iaitu :-

-          Orea

-          Bubble

-          Ais Krim

-          Milo

-          Coconut Shake

 

Selain itu, Yum Yum CJ Station juga turut menyediakan :-

-          Waffle Choklat

-          Waffle Peanut

-          Kek Coklat Moist Leleh

-          Dan lain-lain perisa Waffle

24

 

 

 

Sulong Scoop's

17

 

Pemilik                                 : Nur Salfarina Bt Sulaiman

No.Telefon/Wassup             : 017-6043179( K.Iena) & 019-9626330 (Shahrul)

Facebook                            : Sulong Scoops

 

Sulong Scoops merupakan perkhidmatan Ais Krim Scoop yang yang dikendalikan oleh sepasang suami isteri iaitu Nur Salfarina atau dikenali sebagai K.Iena dan suaminya bernama Shahrul. Memulakan perniagaan ini diawal bulan Syawal baru-baru ini. Walaupun masih diperingkat permulaan namun Sulong Scoops sudah menerima banyak tempahan sepanjang bulan ini. Oleh kerana terlalu banyak majlis rumah terbuka dan sebagainya Sulong Scoops turut menerima tempias dan mudah mendapat jemputan daripada pelanggan melalui perhidmatan yang disediakan dan menarik minat pelanggan lain yang datang ke majlis tersebut untuk turut serta membuat tempahan juga.

 

Sepanjang Julai Sulong Scoops bertatih mempelajari selok belok dalam menyediakan aiskrim untuk pelbagai majlis.Sulongs Scoops juga  telah menyediakan aiskrim untuk Majlis Hari Raya J3k Padang Lengkuas, Pondok Paku, Pohon Tal, J3k Anak Musang dan J3k Apal Hilir, PDK Jerteh, PDK Jabi, AADK Besut, PI1M Jabi dan Pusat Servis Perodua Seberang Jerteh .Selain itu, Sulong Scoops juga menerima tempahan daripada  orang perseorangan untuk majlis hari ulang tahun kelahiran dan sebagainya.

 

Pelbagai perisa yang disediakan ,antaranya ialah :-

Perisa Jagung

Perisa Keladi

Perisa Coklat

Perisa Strawbery

Perisa Pandan

Perisa Vanilla

 

Turut menerima tempahan untuk pelbagai majlis, antaranya ialah :-

1) Majlis Perkahwinan

2) Majlis Pertunangan

3) Majlis Akikah

4) Majlis Rumah Terbuka

5) Majlis Ulang Tahun Kelahiran

6) Majlis Jamuan Makan dipejabat-pejabata/rumah

7) Majlis Mesyuarat

8) Majlis Sukaneka

9) Dan pelbagai majlis keramaian

 

16

Untuk tempahan boleh terus tekan link https://www.wasap.my/0199626330atau terus inbox di Fb : Sulong Scoops.

 

 

MJ Kekal Maju Enterprise

7

Pemilik                           : Shamsul Hisham bin Muhammad

No.Telefon/Wassup        : 017-9645334

Email                              : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook                       : HishamRenek

 

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan dua jenis perniagaan yang berbeza iaitu perniagaan berasaskan makanan/masakan dan juga sebagai seorang kontraktor binaan. Sebelum terjebak dengan dunia kontraktor, beliau mempunyai kedai makan atau dikenali  Restauran Masakan Panas Teratak Warisan Bonda  yang beroperasi di  Kampung Renek. Pelbagai juadah dan menu masakan panas disediakan untuk santapan ramai. Kini perniagaan restaurant ini diurus sepenuhnya oleh isteri beliau bersama keluarga.

 

6

Bermula tahun 2008,beliau mula berjinak dengan kontraktor binaan, iaitu kontraktor kecil-kecilan dimana projek  berjumlah RM200,000 dan ke bawah. Kontraktor binaan yang dilakukan termasuk ubahsuai,pembinaan bangunan,rumah kedai, rumah persendirian , infranstruktur, projek kecil-kecilan kerajaan seperti membuat jalan,membaikpulih bangunan dan lain-lain pembinaan kos yang berjumlah RM200,000 dan ke bawah.

Sebagai kontraktor yang bertauliah dan dinyakini, beliau memiliki Sijil Kontraktor Kecil iaitu Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (A 123387)  dan Sijil Perakuan Pendaftaran yang diiktiraf daripada CIDB Malaysia. Selain itu juga, beliau memiliki Sijil Pusat Khidmat Kontraktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai syarat  memasuki tender untuk Bumiputera. Segala urusan perniagaan dijalankan di Kg Renek serta syarikat yang didaftarkan MJ Kekal Maju Enterprise.

 8

 

 

KEDAI RUNCIT KAK ROS

Di Pekan Jabi ini memang terdapat banyak deretan kedai runcit di sepanjang laluan jalan utama yang menghubungkan Jabi ke Bandar Jertih. Di sini terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Antara kedai runcit yang popular di sini ialah Kedai Runcit Kak Ros. Ianya dibuka pada tahun 2000 dan sudah hampir 9 tahun beroperasi. Pemilik kedai ini adalah seorang wanita cekal iaitu Puan Rokma binti Mohd Zin dan beliau juga merupakan salah seorang usahanita yang berjaya di Jabi. Beliau telah melalui pelbagai onak dan duri sepanjang 9 tahun ini, namun tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk terus mengorak langkah dalam memajukan perniagaannya.

Ini terbukti apabila melihat keadaan kedainya sekarang yang bertambah besar dan dipenuhi dengan pelbagai barangan. Beliau memulakan perniagaan ini dengan bermodalkan duit simpanan sendiri dan pimjaman dari Tekun. Hal ini menunjukkan bahawa beliau seorang usahanita yang berani mengambil risiko demi untuk menambah pendapatan keluarga. Kedainya  terletak bersebelahan dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jabi iaitu  kawasan strategik yang menjadi tumpuan ramai. Oleh itu, kedainya memang menjadi pilihan penduduk setempat dan kawasan sekitarnya untuk mendapatkan barangan keperluan.

 

 

KEDAI TECK HUAT

Kedai ini merupakan salah sebuah kedai yang paling lama beroperasi di Jabi dan boleh dikatakan kedainya ini sama-sama membesar bersama pemodenan Jabi. Ianya dibuka pada tahun 1971 iaitu kira-kira 38 tahun yang lalu. Kedai ini menjalankan perniagaan membaiki dan menjual basikal. Ianya dimiliki oleh seorang warga emas yang berbangsa Cina iaitu Encik Rauahmee atau lebih dikenali oleh penduduk kampung di sini sebagai “Tommy”. Beliau sangat fasih berbahasa Melayu dan oleh kerana sikapnya yang peramah itu beliau sangat disenangi oleh penduduk setempat dan kawasan sekitarnya.

Beliau memulakan perniagaan ini dengan bermodalkan duit simpanan sendiri dan turut mendapatkan pimjaman dari bank bagi memajukan perniagaannya lagi. Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan perniagaan ini namun berkat kesabaran dan semangat ingin terus maju, beliau tetap melangkah ke depan dan bertahan sehingga kini. Saban hari pasti akan ada saja pelanggan yang mengunjungi kedainya untuk menggunakan perkhidmatan dan kepakaran yang beliau miliki.

 

KILANG KAYU

Selain daripada perniagaan makanan dan peruncitan, di Jabi juga terdapat sebuah kilang kayu. Kilang ini menjalankan perniagaan memproses dan menjual kayu. Ianya telah beroperasi kira-kira 10 tahun yang lalu. Perniagaan ini merupakan perniagaan warisan keluarga Tuan Haji Wan Yusof bin Wan Abu Bakar. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Jabi. Dek kerana usia beliau yang sudah lanjut dan sering mengalami masalah kesihatan maka  perniagaan tersebut kini telah diwariskan kepada anak lelaki beliau iaitu Encik Wan Soffry bin Wan Yusof.  Boleh dikatakan semua ahli keluarga Tuan Haji Wan Yusof bin Wan Abu Bakar ini adalah terdiri daripada golongan usahawan yang berjaya. Inilah yang dikatakan orang  “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”.

Anak-anak Tuan Haji Wan Yusof ini lebih selesa menjalankan perniagaan sendiri daripada bekerja ‘makan gaji’. Mereka ini menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang dan sektor. Malah Tuan Haji sendiri banyak memberi dorongan dan galakan kepada anak-anaknya supaya lebih bekerja keras dan berani merebut peluang untuk terus maju dalam perniagaan yang mereka ceburi. Dengan adanya kilang kayu ini, ianya membuka peluang kepada penduduk setempat untuk mendapatkan pekerjaan dan menambahkan pendapatan. Kilang kayu ini sentiasa menjadi pilihan penduduk setempat dan kawasan sekitarnya serta para kontraktor mendapatkan bekalan kayu dengan harga yang berpatutan.

KEDAI KAK MAH SATE

Kedai ini telah beroperasi sejak enam tahun yang lalu dan kedudukannya yang berhadapan dengan jalan utama dan Masjid Kampung Jabi menjadikan kedai ini tempat persinggahan pengunjung untuk  menjamu selera. Ianya ditubuhkan pada tahun 2003 atas inisiatif pemiliknya sendiri iaitu Encik Mat Jais bin Mohd Yatim. Beliau merupakan seorang yang rajin  dan bersemangat  tinggi dalam meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan memajukan perniagaannya.  Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau, kedai sate ini telah dikenali ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dan kawasan sekitarnya.  Dengan bermodalkan duit simpanan sendiri dan sedikit pinjaman dari Tekun beliau memulakan perniagaan ini.

Pada awal pembukaannya memang terdapat banyak masalah dan rintangan yang harus beliau hadapi, namun disebabkan semangat juang yang tinggi, beliau teruskan juga perniaggan tersebut hinggalah ke hari ini. Selain daripada keenakan  satenya, di sini juga terdapat menu lain iaitu nasi dagang yang begitu sinonim dengan penduduk Besut dan Terengganu amnya. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari ahad iaitu dari pukul 8.00 pagi hinggalah 11.00 malam. Bagi mereka yang ingin merasai kelazatan nasi dagangnya bolehlah berkunjung ke kedai ini pada sebelah pagi dan disebelah petangnya pula bolehlah mencuba kesedapan satenya.

 

PROSES MEMBUAT SATE

PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT

 

22171727 1637770179586808 614196598 o

 

 

Pekan Jabi merupakan pekan yang padat dengan penduduk tempatan walaupun dikatagorikan kawasan luar bandar. Kepadatan penduduk tempatan memberi ruang dan peluang kepada peniaga yang menjalankan perniagaan terutama perniagaan barang runcit.

Fauzah Talib Enterprise adalah pernigaan kedai runcit yang diusahakan oleh Puan Fauzah Binti Talib iaitu seorang suri rumah dan mempunyai 2 orang anak. Perniagaan kedai runcit ini telah beroperasi hampir  tiga tahun bermula pada tahun 2014 sehingga kini. Sebelum menjalankan perniagaan runcit ini Puan Fauzah telah mengambil peluang bekerja sebagai pembantu kedai runcit sebelum beliau berkahwin. Dengan pengalaman yang ada membantu beliau mempermudahkan lagi proses pembukaan kedai runcit sendiri. Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya.

Selain tempat yang stratetgik di kedai beliau terdapat pelbagai barangan seperti barang makanan kering,makanan basah,barang keperluan harian, dan sebagainya serta mendapat sambutan ramai kerana perniagaan kedai runcit sememangnya menjadi nadi kepada penduduk tempatan kerana mereka tidak perlu keluar lebih jauh untuk mendapatkan barang keperluan mereka dengan segera.

Sewa bulanan bangunan kedai beliau berjumlah RM800 sebulan, namun beliau memprolehi pendapatan berjumlah lebih kurang RM100-Rm500 sehari.

 


 

Sub-kategori